Sabtu, 27 Ogos 2011

Ingatan Tulus Ikhlas Dariku

Assalammualaikum aku ucapkan kepada yang mengenali diri ini. Dari kecil hingga besar terlalu banyak kenangan diraikan bersama. Tambah-tambah lagi perayaan Syawal bakal tiba. Jadi ingin aku kongsikan bersama saat indah ini di pagi yang hening. Entah kenapa aku terlalu sebok menghias bilik, beli baju cantik-cantik tapi tak terasa pon raya bersama keluarga. Saudara mara apatah lagi hendaknya. Keluarga ada jek di sisi tapi tak semeriah yang dibayangkan. Tahun ni kemungkinan aku tak balik kampung. Apakan daya aku ikut jek kehendak ketua keluarga. Tapi tengah tocing-tocing ni aku teringat bila beraya dengan kawan tahun lepas. Aku rasa diorang saja yang dapat menghappykan aku. Lagi-lagi kalau diorang datang beraya rumah aku. Riuh dibuatnya.

Pada mulanya aku beraya di kampung sangat meriah dengan kedatangan saudara mara yang ramai. Seminggu raya jek kami buat barbeque. Seronok sangat time tuh. Cuti sekolah kami buat family trip. Tapi sekarang dah takde. Masing-masing dah bina rumahtangga and ada orang baru. Jadik bila raya jek hari ketiga baru balik kampung. Sunyi rasanya terperuk di rumah nenek. Sekali sekala jalan ke jeti jek. Semua ada hal masing-masing. Tak seronok.

Nak menceriakan diri aku buat-buat shopping giler-giler habiskan duit. Dapat la puaskan hati sket-sket walaupon tak banyak. Tahun nih gak aku buat kuih raya. Sedap tapi dah lemau. haha. Mungkin bekas kuih tak tutup rapat so masuk la angin. Sesiapa bertandang nanti makan jela kuih lemau tuh ek. Jangan risau sebab mak aku pakar masak. Konpem perut kenyang laa datang rumah aku.

Kepada kawan-kawan, saudara mara dan keluarga yang aku cintai. Aku nak mohon ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki. Andai terkasar bahasa tersilap bicara maafkan aku dan jangan simpan dalam hati. Raya ni jangan lupa kat aku yang tengah sunyi ni. Nak-nak lagi aku single tahun ni so bertambah laa sunyi rasanya. Alahai nasib badan. Kesian kan aku?

Mak aku pulak cakap aku makin gemuk time puasa. Adoi patot la nak beli baju susah carik saiz. haha. Aku nak kurus laa. Jangan bising laa kalau tengok aku bertambah tembam time raya nanti. Plis somebody bagi aku tips untuk kurus dengan mudah tanpa menyusahkan badan aku. Maybe aku banyak tidor. Kata mak aku la. Yela aku kan pemalas. Mop lantai umah jek pon dah meleleh peluh bagai nak rak.

*gambar : Time nih ader yang tengah beraya. 
Nak tengok kepekatan beraya dengan diorang tengok jela pic nih.

Akhir kata dari aku
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
maaf zahir dan batin.

P/S : Bawak kereta berhati-hati moga selamat sampai ke kampung. Semoga berbahagia di hari raya dan selamanya. Aku nak duit raya wey. Makin dewasa makin besar duit raya yang aku dapat. Jangan cakap korang taknak bagi eh. Salam sayang dari Ashekin. xoxo ^_^

3 ulasan:

Saiazuan berkata...

slmt hari raya.. :D

drive safe too :)

Ekin Razly berkata...

Selamat Hari Raya saiazuan =)

Elie Lily berkata...

salam lebaran..salam merdeka! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...