PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Jumaat, 26 Ogos 2011

Tidur di ofis lagik best ke biler nak raya ni?

Pertama sekali maafkan aku kalau entri yang aku buat nih terlalu personal tapi aku nak jugak cerita. Cerita ini hanya rekaan semata dan tiada kena mengena langsung dengan semua.

Hari pertama puasa
  • Seperti dapat mengagak mesti kami bertiga saja yang dapat berbuka bersama. Aku dah biasa dengan ketiadaan dia yang selalu outstation and busy dengan kerja. Tapi aku sedih dengan nasib seorang wanita yang memerlukan kasih sayangnya. Aku cuba menceriakan wanita itu dengan tidak keluar kemana untuk teman berbuka.


Hari keempat puasa dan seterusnya
  • Awal pulak balik dari kerja. Tapi bila balik rutin harian di rumah hanya tidur. Tak bercakap, tak bertanya khabar dan buat seperti biasa. Berbuka bersama tapi silaturrahim tidak seerat yang diharapkan. Kenapa? Ada sidia tolong masak sikit-sikit. Walaupon hubungan macam keluarga biasa tapi hati tetap ego dengan perasaan dendam. Tak sudi kah sidia untuk berdamai?


Hari kedua puluh puasa
  • Diberitahu awal bahawa jarang berbuka dirumah sebab outstation. Pelik tempat yang sama jek dirantau. Bertambah hairan lah aku. Apatah lagi perasaan wanita itu terlalu sakit untuk ditempuh. Sepanjang luar kawasan khabar berita langsung tiada. Malas aku nak amik taw tapi wanita tu jela yang sering betanya. Kesian dan aku turut bersimpati.


Lagi 3hari nak raya
  • Langsung tak balik rumah. Tidur di ofis katanya. Apa kejadahnya? Dah takde rumah agaknya. Kenapa sikit pon tak difikirkan perasaan orang lain yang selalu memikirkan kau? Keras betul hati si dia. Ego melampau tak boleh dibendung. Entah bila sidia akan pulang ke rumah. Menghitung masa yang tak bermakna lagi. Balik ke tak sama jek.


Kenapa sidia begitu caranya? Apa yang dirajukkan hingga sanggup melupakan segalanya. Hingga tegar melayan sebegini rupa. Bukan merosakkan zahir. Tapi menghancurkan batin. Betapa peritnya rasa. Aku mengerti seperti mana yang dilihat. Bagilah tahu kenapa?

  

Adakah raya tahun ni tidak bermakna baginya. Bukan wang ringgit yang dinginkan. Kasih sayang tidak dapat dirasai. Janggal rasanya kalau aku dapat rasa. Ku pohon agar kebahagiaan dicari datang bergolek. Terlalu lama hingga naik bosan aku melihat kerenah macam kanak-kanak yang baru ingin rasa dimanja,dipuja dan dipujuk. Fikirlah apa yang akan terjadi di masa hadapan. Kami semua hauskan kebahagiaan itu. Tamat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...