Ahad, 12 Jun 2011

Untung la aku dapat result bagus

Yela bagus la sangat. Kira dekan la aku nih otak genius. Aku pon tak sangka dapat keputusan yang cemerlang. Kiranya ni yang paling terbaik kot result aku. Thanx laa pada lecturer yang mengajar. Memang dah diwajibkan aku tiap tiap semester mesti akan ada gagal satu subjek. Sumpah malu nak citer tapi aku nak mengadu kat siapa lagi kalau bukan kat blog nih.

Aku tak tahu la samada aku yang bodoh atau aku malas. Memang badi dah ada kat badan aku tiap tiap sem kena ada yang gagal. Bengang tahap gila syial la perasaan aku sangat nih. Punya la gundah gelana hati ni pagi pagi dah pikir nak tengok result tapi ini jela yang aku dapat. Balik balik camtuh jek. Kenapa dengan aku ni? Aku banyak main ke? Ya Allah hanya tuhan saje yang tahu apa yang aku rasa sekarang. Aku tak pernah tersenyum lebar bila tengok result. Tak boleh ke bagi aku sekali jek, tak mintak pon berkali kali bagilah aku gembira macam orang lain.


Aku rasa macam nak putus asa. Rasa macam nak berhenti belajar pon ada. Apa aku nak cakap kat parents aku kalu diorang tanye berapa pointer aku dapat. Aku dah buntu memikirkan soal pelajaran. Semakin terok keputusan aku, semakin lah kurang semangat aku tok belajar. Apa yang aku cuba lakukan semunya tak menjadi. Aku dah semakin jarang ponteng kelas, assignment aku tetap buat walaupon kurang memuaskan, aku study sampai tak tido macam orang lain jugak. Tapi kenapa takde langsung peningkatan. Sedih sangat. Aku malu kat kawan aku, malu kat family aku, and malu pada diri aku sendiri.

Siapa lagi yang boleh bantu aku melainkan diri aku sendiri? Kenapa aku boleh jadi macam ni. Tolong la pada sesiapa sedarkanlah diri aku daripada dibuai angan angan kosong. Apa yang aku dah buat sampai semua nih terjadi. Aku perlukan sesorang tok membimbing diri aku yang sangat lemah ini. Terlalu sakit untuk aku menghadapinya sorang sorang. Apa yang aku perlu buat tok buangkan perasaan malas, cepat putus asa dan main main. Tolong lah bagi aku kekuatan tok menghadapinya. SERIK SERIK SERIK !!


Aku merayu padamu YA ALLAH berilah keajaiban supaya aku dapat teros hadapi kehidupan yang penoh panca roba ini. Hilangkan lah sifat negatif yang ada pada diriku. Amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...