Ahad, 12 Jun 2011

Susahnya hati bila fikirkannya.

Apa yang buat aku susah hati nih? 


Biasa la bila saat kita nantikan. Result dah keluar tapi aku masih taknak tengok. Kalau boleh taknak tengok langsung tapi terpaksa. Apa yang susah sangat tengok jela. Yela macam macam aku fikir. Takut pointer menurun la, takot ada subjek yang fail. Hey korang nak tahu aku ni bukan la dekan macam kawan yang lain. Siapa yang taknak jadi cemerlang and tiap tiap semester amik award and kumpul sijil dekan kan? Mungkin semangat aku kurang kot. Yang paling penting usaha sunguh sungguh. Mungkin aku kena berkawan dengan orang yang kuat belajar so dia boleh bimbing aku tok berjaya macam dia jugak kan. Esok aku nak tengok result yang dah 2minggu keluar. Member aku semua gembira dapat result yang gempak gempak. Hope takde la benda benda yang boleh buat aku sedih.

U know what aku nak story suatu benda yang terjadi masa aku buat exam before this. Aku bangga bila ada orang pandai and dekan dekat kelas aku. Nampak macam bagus la bila buat kerja semua dia tahu kan. And start jek final aku duduk belakang meja dia. Hey kenapa aku dengar macam ada orang bersuara masa exam? At last aku tahu that's girl meniru dalam exam. Siap pakai earphone lagik. Errr, sebodoh bodoh aku memang tak suka meniru dalam peperiksaan. Inikan pulak dekan? Bukan aku nak menuduh tapi setiap kali exam mesti gerak geri dia mencurigakan. That one day dia dah terkantoi and lecturer tahu aku pon nampak. Memang sengaja aku taknak bagitahu yela nanti dia kata apa lak aku nak sabotaj dia. Please la aku tak suka kacau hal orang even kau nak buat apa pon. Tapi lecturer jadikan aku saksi tok buktikan yang dia meniru. Damn sumpah aku taknak terlibat langsung and cepat cepat belah. Tapi yela bila dia dah kena tahan sebab meniru mestilah bengang kan and teros attack aku siap kol lagik. Dia marah aku macam aku la yang salah besar. Itu dah bernasib baik aku tak mengaku yang kau meniru, cukup beruntung la aku tak berterus terang. Patotnya kau ucap terima kasih kat aku tapi ni tak kau sound aku nak carik gaduh. Dah cukup bagus la tuh. Macam macam la ragam manusia zaman sekarang. Nak berjaya tanpa usaha sendiri adakah kita akan kekal bejaya selama lamanya?

Yang pasti aku taknak terjebak dengan perkara macam nih. Kalau dengan usaha yang baik, kenalah balasan yang setimpal kita dapat. Baru la rasa puas hati betol tak? So aku harap mintak dijauhkan sifat sifat ni semua. Aku tawakal and terima seadanya. Andai aku gagal sekarang tidak bermakna aku gagal selamanya. Andai aku berjaya kelak janganlah jadikan aku bersifat bongkak, angkuh dan sombong. Doakan aku berjaya dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. AMIN.

JUZ SMILE WHATEVER BECOME HAPPEN.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...