Ahad, 12 Jun 2011

It's all about me

Apa yang kau nak tahu tentang aku? Honestly today aku nak bagitaw aper yang korang tak tahu tentang aku.

1. Aku adalah wanita. Obsolutely seperti yang kau nampak. Itulah aku. Pada mata kasarnya aku nampak ganas and hati keras? Kadang kadang hati kita kena keras supaya diri tak sakit. Benda yang tak penting aku takkan pikirkan. Tapi kalau sampai buat aku naik muak, annoying dengan perangai kau, and dah nampak luar dalam seseorang memang aku akan mula berubah sikap dengan kau la.


2. Apa yang aku tak suka? Aku tak suka talam dua muka. Belakang cakap lain. Hey kalau nak kutuk just bagitahu depan depan. Nak aku bagi contoh camne nak cakap? ''weh aku tak suka la kau pompuan". That's it. Senang bukan.


3. Kalau aku nampak seseorang dari kawan aku buat something tak betol aku tegor direct boleh? Sambil tuh aku boleh bagi ceramah free kat korang. Lepas tuh korang nak anti aku it's up to u lakan. And korang pon boleh jek tegor kalau aku tak betol.


4. Kadang kadang korang akan nampak aku nih kejap gila, kejap jadik joker, kejap serius nak mampos. Aku akan serius biler tengah penat. So time aku darh penat tolong jangan sesiapa pon bercakap dengan aku.


5. Aku ni chubby. Kawan kawan aku pon panggil aku 'Bam'. Melekat sampai sekarang. Pada mulanya aku tak suka n terasa gak ader ke patot dorang nih. Tapi lama lama dah terbiasa. But sesiapa yang panggil aku dengan nama Ekin hati aku tetiba rasa macam YES ITULAH DIRI AKU SEBENAR. Haa macam tulah aku rasa.


6. Aku suka jaga hati orang. Even aku terpaksa tapi aku merelakan. Cuma aku cukup benci kalau orang tak appreciate aper yang aku dah buat kat dia. And kalau sesiapa yang rasa aku tak jaga hati dia, tuh maknanya aku dah malas nak jaga hati kau wahai manusia.


7. Jarang nampak aku menangis. Nak tahu kenapa? Mungkin sebab dalam hati. Rasa kecewa, sakit, pedih atau sentap siapa yang tahu. Aku tak suka share masalah dengan orang. Hanya yang betol betol faham perasaan aku akan tahu apa yang terbuku dalam hati. Aku taknak orang tengok aku menangis seolah olah aku dah berputus asa. Mengada ngada and meraih simpati.


8. Aku seorang yang cepat marah dan cepat cair. Maksudnya marah aku tahap singa la, tapi bila dipujuk atau diberi sesuatu kejap jek hilang marah aku.

9. Aku banyak berfikir daripada melakukannya. Macam dalam study. Banyak aku pikir, nak penuhkan kedatangan la, nak study smart smart laa, tak nak main main lagila. Tengok aku tak buktikan pon. Entah hape la aku ni kan. Kali nih serius la aku nak serius bila belajar. Jangan anggap aku main main lagi pasnih sebab akan buat aku down and fed up tok tingkatkan usaha nih.


10. Dalam usia mencecah 20tahun ni, aku dah mula fikir untuk serius dalam hubungan. Aku ingat aku nak jadikan si pakwe pilihan yang paling cocok tok selamanya. Tapi bila tengok persefahaman kami amat rendah perlu ke aku pergi and cari yang lain. Just tunggu jela samada jodoh kekal atau tidak.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...