PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Isnin, 6 Jun 2011

Please Dont Make Me Sad

Kepada insan tersayang yang bernama lelaki.


Aku ingin kau tahu tujuan aku menulis nota untukmu supaya kau mengerti betapa mendalamnya apa yang ada dalam hati ini. Di saat engkau rindu sengaja aku tidak lepaskan agar kau sentiasa ingat padaku.

Andai kau terfikir adakah aku bahagia bersamamu sayang?
Aku terluka hati tapi biarlah seorang diri yang merasa.

Andai kau terfikir aku selesa bersamamu sayang?
Aku sentisa inginkan terbaik buatmu walau aku terpaksa berkorban.

Andai kau terfikir adakah aku setia bersamamu sayang?
Ingin sahaja aku tinggalkan. Tapi hati terlalu cinta untuk lepaskan.

Andai kau terfikir aku gembira besamamu sayang?
Aku pendamkan walau kau tidak memahami.

Sukar untuk aku jelaskan. Diri ini juga inginkan kebahagiaan.
                          Diri ini juga inginkan keselesaan.
                          Diri ini juga inginkan kesetiaan.
                          Diri ini juga inginkan kegembiraan.

Segalanya darimu. Mengapa dikau tidak mengerti? Tidak cukupkah 2tahun perkenalan kita untuk mengenali hati ini. Tidak perlu aku luahkan. Kerna itu membuatkan pertelingkahan antara kita. Selagi boleh aku bersabar. Aku ingin kau perbetolkan sendiri. Disitulah persefahaman terjalin. Yang membawa kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...