PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Isnin, 6 Jun 2011

Kalau aku dapat katakan pada mereka.

Pic kiri : Emak, Ayah, Aku n Adik
Pic kanan : abang-abang

Wahai ayahanda yang tersayang,

Ampunkan anakanda sekiranya terkasar bicara, tersilap langkah. Tapi ingin anakanda katakan bahawa anakanda sangat merindui kasih seorang bapa. Anakanda memahami tanggungjawab yang terlalu berat untuk dipikul semata mata ingin membesarkan kami. Kini ayahanda tak banyak bercakap dengan ibunda. Tiada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga. Di rumah hanya sekadar merehatkan badan dengan tidur. Tidakkah ayahanda merasa yang keluarga kita sudah berbeza? Anakanda amat risau. Sebagai ketua keluarga harap ayahnda cepat sedar bahawa kami semua amat menyayangi ayahanda teramat sangat.


Wahai ibunda yang dikasihi,

Bersabarlah ibu.. Kasihan anakanda melihat ibu mengeluh kepenatan. Anakanda akan cuba membantu ibu. Anakanda tahu terlalu banyak masalah di kepala ibu. Anakanda kagum kerana mempunyai ibu yang tabah menghadapi dugaan. Andainya aku mebesar lebih cepat akan aku keluarga membanting tulang meringankan kerja ibu. Biarlah kerja di rumah juga anakanda yang buat. Anakanda tidak sanggup melihat ibu menangis sendirian. Teramat sukar untuk memahami hati ibu yang entah kecewa, hati terluka siapa yang tahu. Anakanda berdoa ibu kuat iman dan sentiasa tenang walau apa saja menimpa diri.


Wahai abang-abangku sekalian,

Kekanda perlu membantu ayahanda serta ibunda. Bukannya menyusahkan mereka. Andainya tidak bekerja, bantulah meringankan tulang dan mendoakan kesejahteraan ibu ayah. Jangan lah kecewakan mereka dengan menambahkan beban yang sedia ada. Jikalau rezeki yang banyak, janganlah hanya mementingkan diri dan fikirkan benda yang belum ada. Kenanglah jasa ibu ayah dengan memberi mereka keselesaan. Mereka sudahpun berhak untuk mempunyai kehidupan yang sejahtera dengan bantuan anak-anak. Janganlah dikau menconteng arang menderhaka kepada mereka.


Wahai adinda yang manja,

Dengarlah kata ibu dan ayah. Janganlah melawan kata kata mereka. Luka hati mereka siapa yang tahu. Adinda terlalu kecil untuk ketahui masalah antara ibu ayah. Tapi apakan daya, mereka cuba mengelak namun persefahaman tidak menyebelahi mereka. Moga adinda memahami keadaan mereka dan tidak memikirkan perkara yang tidak sepatutunya. Andai dikau punyai tekanan melihat keluarga kita tidak sempurna, katakanlah kepada kekanda supaya kekanda dapat mengubatinya. Hanya untuk membahagiakan diri adinda. Tingkatkan lah ilmu hingga ke menara gading dan berilah ibu ayah bangga kepada adinda. Jadilah contoh yang baik kepada adik beradik kita.


Wahai diri ku sendiri,

Berjanjilah bahawa dikau akan menyempurnakan mana yang salah, mana yang punah supaya keluarga kau mendapat kebahagiaan. Pupuklah semangat untuk berjaya. Doakanlah mereka sejahtera supaya mereka dapat merasai nikmat kebahagiaan bersama keluarga. Tidak berpecah belah dan buat hal sendiri. Ceriakanlah hidup mereka dengan senyuman, buangkanlah sikap amarah dan sedih dalam diri mereka. Hanya ALLAH dapat memberi petunjuk supaya kebahagiaan akan dikecapi sampai ke syurga.

Sekian,ikhlas dari dalam lubuk hati.


P/S: Love ayah, love emak, abang n adik.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...