Ahad, 19 Jun 2011

Melaka Memang Dah Maju

Hey to all friends yang tak tahu minggu lepas aku trip ke Melaka sehari jek tu pon memang plan nak lepak2 dengan member. Nak dijadikan cerita kawan aku dari Melaka ajak aku ke sana. Rindu lah tu. Aku pon takde nak buat apa so aku rojer la member lain supaya boleh ketemu disana dengan jayanya dapat berborak. Awal lagi aku dah bangun tapi rasanya mengantuk lagi sebab malam tuh aku tido lambat gara-gara main mesej jek. Kunci jam pukul 9.30 pagi baru bangun rushing la aku mandi. Kena sidai kain dulu la, beli makanan untuk adik aku melantak bila balik sekolah nanti. Janji pukul 10 gerak. Then, kawan aku mesej bawak pakaian lebih, dia nak mandi pool katanya. Tak seronok la tak pergi sana tak mandi. Aku n yang lain pon bawak jela baju spare.

Sampai jek kat rumah kawan aku, Ila teros amik kawan kami lagi sorang Ikin namanya. Yer kami pergi bertiga jek. Sepanjang perjalanan biasa la bila dah lama tak jumpa bergosip jela daripada A sampai la Z. Yang seronoknya Ila bawak dslr, wahh boleh la shoot amik gambar yang cantik-cantik kat sana nantikan. Hati teruja sebab dah lama tak keluar asyik terperap kat rumah. Memang takde rasa penat lakan aku drive dari rumah. Tup tup dah sampai ke Persimpangan Ayer Keroh, so kami singgah pergi makan dulu sebelum tunggu kawan aku dari Melaka nih sampai. 2orang jek tapi yang sorang tuh busy ada hal so tak dapat nak join. Yela ingat nak datang secara mengejut buat suprise. Memang suka la kawan aku dapat tahu kitorang datang tempat dia. So kami stay kat stesyen minyak sebab rumah dia susah sangat nak carik then follow kereta dia dari belakang. Singgah kejap rumah dia minum-minum letih kot. Ingat nak baring chill dulu tapi dia tak bagi lak masuk bilik dia. Hampeh betulkan.

Tunggu dia siap and kitorang pon buli lah dia biar dia jadik pemandu pelancong kami. Padan muka. Biasalah dah sampai Melaka mestilah kena pergi tempat macam-macam amik gambar kot. Enjoy gila la tapi panas sangat kan lastly lepak kedai melantak air sampai dua gelas kan. So pusing punye pusing sambil tuh bergosip sana sini pergi ke Dataran Pahlawan. Masuk kat dalam mall ader tempat cenderahati nak beli belacan.haha mak suruh la. Nampak kat sana dah macam kat area KL la jugak. Majuuu..

Sekali lagi kami haruslah amik gambar kata photoshoot kan macam orang lain selalu buat sekarang. Kejapnya dah nak senja so kami stay dalam surau dulu. After maghrib kami singgah ke pantai dulu and makan time. Yela bukan senang dapat keluar macam nih, bila dah kuar rasa tanak balik jek. Okay hari dah malam and menunjukkan pukul 9 so terpaksa jugak balik. Before balik nak anta kawan aku, Ayu tiba-tiba lak kereta berbunyi buat hal. Giler cuak la semua orang. Nasib baik abang Ayu tuh pandai repair kereta dia so mintak dia check dulu. Rupa-rupanya break pad habis nak tanak kena stay kejap untuk repair. Masa tuh semua dah gelisah takut balik lambat sangat pulak nanti. Sekali dapat tahu kereta aku teruk bahaya kalau balik malam tuh jugak. Yela nak repair pon barang spare part mana nak carik kena beli dulukan. Adoi apa nak buat ni?

Kawan aku terok kena marah sebab tak dapat balik and mestilah aku pon also kena marah. Patot laa kena bawak jugak baju spare and member aku asyik cakap 3hari2malam. Haa kan dah kena stay Melaka malam ni. Padan muka mulut masin. Masalah bagi aku, tapi seronok jugak sebab dapat tumpang tidur umah member aku anddd seronok tidor ramai-ramai but dalam bilik kau panas la Anis tapi thanks sebab bagi kitorang makan, tempat berteduh n nenek dia yang sporting. Enjoy puas dapat cerita panjang dengan korang. Pukul 4petang baru kereta siap lama gila kot. Aku pulak sebok pikirkan mana nak cekaw duit. 'DUA RATUS TUJUH PULUH' hampir jek pada 3rat kan? Duit melayang macam tuh jek kawan aku tak tolong sikit pon, da la buat kereta aku kena saman. Nevermind aku tak kisah la sangat kan. Sabar..sabar.. Nasib baik ada yang faham aku. Dah lupakan pasal tuh and selamat sampai ke rumah juga akhirnya. Banyak manis walaupon pahit aku sorang terpaksa telan. Thanks korang sebab hiburkan hati aku. Love . Tamat.

Eh ada gambar la.
Nak amik gambar nih. Smile n say cheese !

Turn aku pulak posing

Eh nak posing comel sket.

Ni jek gambar yang sempat aku upload. Nanti gambar dah siap aku tunjuk kat korang kay dari atas sampai ke bawah, depan ke belakang, kecik ke besar semua side kitorang amik taw. Nice moment for this semester break. End.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...