PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Isnin, 20 Jun 2011

Asah bakat dalam youtube

Dah lama aku perhatikan sekarang nih ramai yang menceburi bakat dalam apa jua situasi dalam Youtube. Banyak dah yang buat rakaman video tak kira la dalam bentuk nyanyian ke, lawak jenaka ke ataupon banyak lagi. Ada yang jadi popular pulak lepas tuh kan. Memang mudah la orang nak kembangkan bakat diorang. Nyanyi dalam kereta pon dah boleh jadik artis.haha.


Antara yang tak boleh blah Cikgu Shida ni lah. Apa motif dia buat video klip banyak-banyak pon tak tahu. Maybe minat dia nak buat lawak dengan tunjuk mimik muka yang boleh buat orang ketawa. Mula-mula dia ni pernah kena kutuk sebab yela macam dah takde kerja nak buat benda yang annoying aku tengok cikgu nih first time. Tapi dengar kata dia dah terkenal and tak lama lagik akan berlakon? Cerita nih mengisahkan tentang dia taw. Wah, hebat gak cikgu nih.


Lain pulak dengan penyanyi cilik nih. Suara dia boleh tahan laa sedap. Tambah pulak dia pandai main gitar. Rilek jek tengok dia petik gitar tuh. Sumpah aku tengok dia, rasa teringin pulak nak beli gitar and belajar main sampai pandai macam dia. Dan sekarang nih lagu yang dia cipta dah masok radio tak. Dah jadi penyanyi rakaman la pulak. Tapi rasanya fokuskan lah dulu dalam pelajaran barulah jadi penyanyi yang berpelajaran nanti. Dia pon ada blog jugak taw. Kalau korang nak follow aktiviti dia klik sini



Yang ni lagi sorang dari luar negara tapi aku tak tahu la asal mana.haha. Yang aku tahu nama dia Maddie Jane. Dia comel sangat okay. Suara dia lagilah kalah Najwa kalau dibandingkan. Tapi tak tahu la dia dah rekod lagu sendiri and dah jadik penyanyi ke blom. Sebab takde pulak aku tengok original lagu dia kan. Yang ada semua lagu orang dia nyanyi. Apa pon dia macam Selena Gomez comel plus super girl.

Lepas nih siapa lagi yang bakal menyerlah dalam Youtube. Macam-macam la korang kan. Tapi harap jangan buat benda bukan-bukan la okay.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...