PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Selasa, 21 Jun 2011

KITA DISERANG !

Itulah tajuk baru paper Harian Metro di It@Metro pada hari Rabu ini.

"Antara keterangan yang tergempar ditulis, Ancaman penggodam menggelarkan diri mereka 'Anonymous' memang nyata. Meskipun serangan itu secara relatif dapat dikekang namun ia tetap mendedahkan kelemahan yang wujud."

Lebih 51 laman web dengan alamat domain gov.my diserang minggu lalu menyebabkan sekurang-kurang 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap berbeza. Lebih membahayakan, serangan itu dikesan lebih awal daripada ancaman sekumpulan penggodam antarabangsa yang menggelar diri mereka ‘Anonymous’ untuk menyerang laman web kerajaan www.malaysia.gov.my melalui ‘Operation Malaysia’, minggu lalu.


Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Datuk Husin Jazri, memaklumkan serangan penggodaman masih lagi berlaku, tetapi pada kadar yang berkurangan berbanding minggu lalu. Bagaimanapun, kebanyakan laman web yang digodam sudah pun kembali beroperasi, hanya segelintir sahaja yang masih belum pulih dan kini di dalam proses pembaikan.

Manakala laman web www.malaysia.gov.my sudah kembali pulih dan beroperasi seperti biasa. Katanya, jumlah laman web yang digodam berubah-ubah disebabkan oleh serangan yang masih lagi berlaku. Atas sebab keselamatan, pihak kami tidak dapat menyatakan jumlah terkini laman web yang digodam. “Kini, tumpuan diberikan kepada usaha-usaha membaikpulih laman web yang digodam dan membantu mereka mengembalikan operasi seperti biasa,” kata Husin.

Beliau turut mendedahkan maklumat mengenai penggodam sudah diperoleh dan ia diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.


- Berdasarkan kajian, penggodam lazimnya boleh dikatakan sebagai pendiam, kera sumbang dan amat terpengaruh oleh ideologi tertentu.

- Penggodam adalah individu yang berusaha memasuki sistem komputer secara haram dengan tujuan untuk mengusik maklumat yang terdapat di dalamnya.

- Kebiasaannya, penggodam melakukan perbuatan ini dengan mewujudkan program ‘pintu belakang’ dalam komputer mangsa mereka.

- Ada juga penggodam yang menggunakan perisian yang dapat memecahkan kata laluan; perisian ini pada dasarnya akan mencuba menggunakan berbillion-billion kata laluan sehingga berjaya memasuki sistem komputer.

- Seterusnya, penggodam mencuri/mengubah maklumat/pangkalan data dan mengganggu jadual kerja hingga menyebabkan syarikat gagal menyempurnakan kerja mengikut jadual yang seterusnya memberi kesan terhadap keuntungan syarikat.

- Bagi individu pula, e-mel yang tercemar dengan virus akan mengakibatkan kehilangan data, kerosakan pada fail. Tambahan pula, tindakan berkenaan akan mewujudkan kesusahan dan membabitkan kos untuk membaik pulih komputer berkenaan.

- Penggodam ini juga dapat mengancam keselamatan negara sekiranya mereka menyerang sektor penting seperti markas tentera, sistem komputer kerajaan atau sistem pengurusan trafik. 



Sikap suka menunjukkan kebolehan dalam kemahiran menceroboh sistem keselamatan juga menjadi salah satu daripada ciri-ciri seorang penggodam. Kemahiran yang dimiliki penggodam boleh dimanipulasi dengan mencapai sistem di dalam sesebuah syarikat seperti melakukan transaksi akaun secara tidak sah.

Justeru, jangan cepat melatah kepada penggodam dengan nama samaran ‘Anonymous’ kerana beliau mungkin sudah membuktikan betapa mudahnya laman web diceroboh.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...