Rabu, 22 Jun 2011

Dia mintak putus



girlemo
Hurm, kenapa aku dapat lelaki yang macam ape entah. Boleh tak bayangkan aku taknak jumpa dia jek, tapi dia dah mintak putus. Apa jenis manusia dia nih? Aku rasa tersiksa la dengan sikap dia yang macam beruk. Beruk yang tak pandai bercinta macam ni la. Tolong la aku setelkan mamat nih.

girlemo
Pertama kali aku kenal dia, nampak macam ustaz jek. Tersengih macam selipar koyak bak kata Pak Jabit, aku teros jatuh hati gan dia. Yela mula-mula aku dah bayangkan memang aku teringin nak lelaki yang macam ustaz so dia boleh bimbing aku suatu hari nanti. Tapi bila dah kenal sama jek macam lelaki lain. Cuma dia ni lain daripada yang lain. Lebih teruk dari lelaki yang aku pernah kenal sebelom ni. Aku suka cara dia layan aku and dia adalah seorang yang setia. Dia pentingkan aku daripada kawan-kawan dia. Baguslah kalau camtuh.

TAPI..
girlemo
Makin lama dah kenal makin sakit pulak hati aku. Dah nak masok 3tahun perkenalan aku dengan dia tapi dia masih tak memahami kehendak aku. Bayangkan hari jadi aku pon dia tak ingat. Bukan nak bagi hadiah, nak dapat wish daripada dia pon aku tak dapat. Kalau girl kat luar sana rasa macam apa yang aku rasa mesti korang berapi kan. Seminggu aku merajok dengan dia. Memang dia dah janji nak bagi aku hadiah tapi until now sikit pon tak merasa lagik dia buat dek je kot.

girlemo
Haa, lagi satu baru-baru nih, aku ade keluar dengan dia. Tuh pon dia ajak kalau tak malas aku nak jumpa dia okay. Dia ajak aku pergi makan. Mula-mula aku kata yang aku tak lapar, tapi bila aku mintak dia belanja dia kata OKAY B BELANJA. Teros aku selera nak makan jugak. Yela bila dah sampai restoran dia jalan laju jek tinggalkan aku. Tuh pon aku sakit hati jugak. Baby betol la kau ni. Dia lap muka guna tisu restoran tuh, habuk tisu kena kat baju dah kecoh bising-bising. Ahh lantak la kan aku malas nak layan. Time order aku nak makan Mi Bandung, teros dia cakap "eh,sayang mi banyak lemak la". Pergh depan pelayan dia cakap macam tuh dah malu aku. Aku marah dia pergi ketawa. What so annoying laa laki aku. Hadoiii.

girlemo
Bila aku tegor sikap dia yang suck tuh, dia salahkan aku balik? Dia balas balik taw. Mak aih tak nak mengalah ego gila tinggi melangit. Tapi bila aku senyap jek marah n tunjuk muka bengang kat dia, dia suruh aku terus terang bagitahu kesilapan dia. Dah kena tegor tak nak terima. Geram betol aku simpan jek dari dulu.

girlemo
Kalau ikotkan nak saje aku tinggalkan dia. Dia tak mintak putus pon aku tak hairan. Tapi sebagai seorang perempuan perasaan sayang tuh mesti kena ada jugak. Aku tak tahu lah kenapa perempuan nih diciptakan sikap yang masih ada belas kasihan, masih sayang walaupon dah kena pijak. Wallahualam. Allah tu Maha Adil. Apa yang kita dapat sekarang akan dibalas balik dikemudian hari. Sekarang ni kalu memang ditakdirkan aku putus hubungan dengan si pakwe aku redha jela. Sebab ada hikmah disebaliknya. Mungkin bukan jodoh aku Tuhan nak bagi aku yang lebih baik lepas nih. Harap begitulah hendaknya.

girlemo
Lelaki macam mana yang aku idamkan? Tak banyak la sikit jek aku mintak. Aku nak lelaki yang boleh didik aku, nasihatkan aku, jaga aku sebaiknya and yang paling penting faham aku. Tak banyakkan? Bila lah aku boleh dapat lelaki idaman aku. Aku taknak main-main lagi. Umur semakin meningkat. Aku inginkan perhubungan yang matang. Ni tak lelaki tuh tua dari aku tapi perangai masih lagi kebudak-budakan. Aku nak take a serious relationship. Kalau boleh aku nak dia berubah sebab sayang tuh masih ada. Cuma dia jek yang tak faham. Pliz la bagi dia faham. If bukan jodoh aku dengan dia, berilah aku lelaki yang baik.

girlemo
Dah-dah jangan merepek lagi. Cinta boleh datang bila-bila masa tapi cinta pada Allah harus ada dalam hati. End ~

4 ulasan:

chentasiboolat berkata...

urmm.. saba ek ekin..
aku pown penah dpt laki cmtu..
cume die xder la mcm ala2 ustad..

pangai die yg suke wat dek tu..
macam ati kering..
oh! sgt annoyingg..! sumpah.!
grrr

Ekin Razly berkata...

Kannn..
rase nak cekik jek
kalau dapat lelaki camtuh..

Dah la nak carik susah..
Bila dapat terok lak..
Nasib..nasib..

chentasiboolat berkata...

err.. ekin
jam dlm blog ko ni x betol ea?
setting bg betol dear..
uhuhu

Ekin Razly berkata...

aik jam tuh auto ikot jam dalam komp kiter la yunk..

betol ke tak bukan org tgok pon. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...