Selasa, 9 Ogos 2011

Hampir seminggu sudah kita berpuasa

Hai nih first update entry tok bulan Ramadhan. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tup tup dah seminggu kita berpuasa. Korang semua puasa penuh tak? Kalo penuh bagusla. Sepanjang ramadhan kali nih agak seronok sikit sebab untuk assignment entrepreneurship day kena berniaga di bazar. Nampak kawan-kawan jadik excited pulak nak berniaga jugak. So kepada yang mengenali aku jangan lupa datang gerai aku nanti pada 22haribulan. Nak taw aku jual ape datang lah kan.

Puasa baru seminggu tapi kenapa mood beraya aku yang lebih. Mungkin sebab dah lama tak shopping dok tunggu raya punye nak kumpul duit. Benda tuh tak penting pon sebenarnya. Time pose nih baru laa aku dapat berbuka sama-sama dengan family. Kalo tak mesti takde spent time bersama. Masa nih laa baru aku dapat merasa air tangan mak aku memasak setiap hari. Kadang-kadang ayah aku pon tunjuk skill. Terasa kasih sayang tuh walaupon tak banyak. Aku berharap jugak keluarga kami bahagia macam orang lain cuma tak tahu bila saat tuh akan tiba. Tapi aku tak kisah asalkan duduk makan bersama.

Raya tahun nih mak aku beria suruh buat kuih raya sebab dia tahu aku memang suka buat kuih n kek even rasanya macam tak seberapa sangat. HAHA. Aku pon eksaited nak belajar buat kuih raya. Antara satu-satunya kuih yang aku pandai buat ialah

KUIH CORNFLAKES
Camnih la rupanya.

Ingat lagi dulu time pose aku suke main masak-masak. Family aku cakap kuih cornflakes aku memang sedap tapi biasanya takkan tahan lama sampai raya sebab kehabisan stok dibuat ratah oleh family aku time berbuka jek. Sweetkan diorang.Hehe. Aku beli bahan-bahan sendiri, buat sendiri n last-last tak puasa pon salah sendiri sebab nak sangat rasa yela bau kuih raya pulak. Memang tak tahan la kan nak puasa time tuh. Kadang-kadang aku jadik macam adik aku pulak. Dia budak lagi takpe la tak puasa. Aku suruh dia bawak kuih tuh makan kat bilik senyap-senyap laa. Bila mak aku balik dari kerja cepat-cepat laa aku cakap adik tak puasa dok makan dalam bilik. Padahal aku pon join sekaki. Tak senonoh kan.

And pada raya tahun nih aku nak cuba masak kuih raya yang lain. Harap-harap bila dah memasak tuh jangan la masok kat mulut time puasa nih. Untuk modal kali ni aku dah mintak mak aku belikan aku pemutar kuih tok aku senang mengacau-ngacau. Eh betol ke? Haa yang tu laa. Mak aku pon support aku suruh buat kuih raya sebab dia malas nak order kat luar buang duit jek.

Antara calon-calon yang akan jadik bahan eksperimen aku nanti ialah

CHOCOLATE CHIPS
Yummy !!

SEMPERIT
Ha yang nih susah sikit sebab cepat hancur tapi memang favorite mak aku.

Tak sabar rasanya nak mulakan operasi mengonyoh tepung kat dapur. Yang paling happy bila buat kuih raya ialah baunya. Biar tak sedap asalkan bau menusuk kalbu. haha terbalik lak kan. K la malam-malam camnih pikir pasal makan lak. Kang tak bangun sahur mula laa buat muka letih bagai. Thanks reading. Salam.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...