PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Ahad, 10 Julai 2011

Life seorang Student


Hai.. Lama tak update blog. Now busy dengan pendaftaran semester baru. Selamat datang aku ucapkan pada semester 5 and selamat jalan cuti-cuti. Jumpa lagi nanti.haha. Pendaftaran semester nih macam hambar sket sebab aku belom cukup ready nak start belajar lagik lepas tengok result yang buat aku down sangat. Rasa macam dah taknak sambong belajar kot.

Tup tup dah nak seminggu aku masok kampus balik n macam hari biasa tiada yang luar biasa bagi aku. Pergi kolej dapat parking jauhhhh giler menapak kena jalan kaki. Tats why student banyak pakai selipar daripada high heels ke kelas sebab penat jalan kaki jek. Urghh pagi-pagi lagi kptm ni cari makan dengan spotcheck bagai. Tak pakai id sket kompaun, pakai jeans kompaun. Rambut kaler kompaun. Kata ipts so buat ape nak kecoh sangat ada peraturan lebih-lebih. Yang hairan tuh guard yang kurang sopan nih suka-suka lak nak sound student. ERGGHH bosan la kampus nih. Rase cam nak tukar ke kl jek senang tayah nak berie macam bangi nih.

Bermula la hari-hari aku sebagai pelajar yang bertauliah yang hingga kini mengimpikan untuk mendapat dekan setiap semester tapi sikit pon harapan tuh menjadi angan-angan selamanya. Dah masok setiap kelas cuma kelas aku sem nih ramai pelajar perempuan so agak tenang untuk belajar la juz ada sorang dua yang boleh tahan loyer buruk dia dengan lect maybe nak bodek awal-awal tok carrymark lebey la tuh. Biasa la kena pasang strategi tok amik ati kan. Lecturer pulak macam biasa okay-okay sahaja tapi rasanya sem nih aku banyak mengantok la kot. Perkara yang paling aku tak suka dengar bila diorang sebok cerita pasal praktikal kat mana la, tak sabar nak habis last sem. Sebab aku sensitif dengar benda tuh coz aku terpaksa extend for carry paper lagi. Sangat sangat sangat sedih maybe aku tak dapat nak konvo same-same gan kawan aku tapi takpe demi untuk tingkatkan prestasi diri aku kena buang sikap malu and takkan buat silap lagi.

Dan satu perkara lagi yang aku tak suka bila ader orang yang bermasam muka dengan aku. Sangat tidak fair disebabkan salah faham aku diremove oleh kau wahai perempuan. Tak faham salah aku yang mana ek. Tapi who care kau nak watpe pon aku tak kisah. Cuma aku macam menyampah bila terpaksa nak buat muka ketat macam budak sekolah yang selalu nak cari pasal gan aku dulu. Kemon la fikir matang jela kata dekan takkan amik kisah pulak dengan hal kecik camtuh. Lupakan pasal kau n sekarang pikir pasal aku jek.

Sem nih rasa lain sket sebab aku dah takde life as a girlfriend yang kena layan kerenah si pakwe lagik. So aku banyak free la kot pasnih. Hurm, kesian aku kan. Ex boyfie aku skarang hanya nak berkawan dengan aku so aku pon tanak bermusuh dengan sesiapa then setuju jela. And one more thing, ada lelaki yang muncul dalam hidop aku. Aku kenal dia pon just chatting jek n aku dah mula suka die. Tapi aku dah serik bercinta so aku dan die hanya rapat sebagai kawan. Teman tapi mesra gitu. Thanx u sebab selalu ada disisi i. Ala malu la camnih. haha.

Pasal duit aku sekarang nih banyak berjimat. Dengan duit buku lagi, duit makan lagi n shopping lagi. Tuh kena ada dalam list jugak. Memang tak cukup lakan. Tambah-tambah lagik handphone aku dah buat hal sumenye gara-gara aku nak celop biskut dalam air, tapi tercelop handphone pulak. Dah masok air die nasib baik tak rosak. Tapi still kena carik phone lain buat spare part. Aku ingat nak beli blackberry tapi aku tak bape minat sangat la sebab black je kan. So cadang nak kumpul duit siap la aku akan serang Low Yat la nanti k. Itu jek rutin harian aku sepanjang ketiadaan aku untuk mengepos entry. Thanx for reading. BYE !

1 ulasan:

Domo berkata...

hoi, hp tu xdee MURAHHH lagi ke kau nak beli? haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...